Thursday, May 21, 2009

Daerah ke 10 - Negeri Perak

Pengisytiharan Daerah Kampar sebagai daerah yang ke-10 di negeri Perak disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini.

Sebelum ini Perak mempunyai sembilan daerah iaitu Kerian, Hulu Perak, Hilir Perak, Batang Padang, Kinta, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Manjung.

Daerah Kampar mempunyai kira-kira 93,000 penduduk dengan keluasan 66,980 hektar ataupun 920 kilometer persegi dan hampir 62 peratus merupakan kawasan hutan.

Kampar juga terkenal sebagai bandar pendidikan yang menempatkan beberapa institusi pendidikan antaranya Universiti Tuanku Abdul Rahman (Utar) dan Universiti Perubatan, Sains dan Teknologi Kampar serta 32 buah sekolah termasuk sekolah menengah dan sekolah rendah. Dalam aspek pembangunan sosial dan ekonomi,

Kampar menempatkan kawasan pelancongan iaitu Gua Tempurung serta Taman Kekal Pengeluaran Makanan, pusat ternakan ikan hiasan seluas 122 hektar di Kampung Lawan Kuda dan 41 hektar di Kampung Sungai Itek sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA).

No comments:

Post a Comment