Monday, June 29, 2009

USUL POLITIK
Dibawa oleh : Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tanjong Kala

Menyedari : Bahawa UMNO adalah Parti yang tetap relevan kepada orang-orang muda dan mampu bangkit untuk terus hidup;

Memahami : Agenda orang-orang muda akan terus dilauangkan dalam dasar perjuangan Parti UMNO bagi memastikan kebajikan & suara orang-orang muda diambil kira;

Menginsafi : Hak-hak dan usaha orang-orang muda dihargai dan dihormati;

Maka : Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Tanjong Kala pada 30.5.2009 di Dewan Orang Ramai Kg Tanjung Kala mengambil ketetapan agar Kerajaan dan Parti UMNO mengambil langkah-langkah berikut:-

1. Mewujudkan medium penilaian tahap kecekapan (PTK) kepada pemimpin- pemimpin UMNO disemua peringkat MajlisTertingg Parti mahupun di peringkat Negeri dan Bahagian supaya ahli-ahli akar umbi boleh melihat dan menilai kerja-kerja yang telah dipertanggungjawap kepada mereka sepertimana penilaian KPI yang dikenakan kepada Menteri-menteri Kabinet Malaysia dibawah pemerintahan Y.A.B Presiden Parti.

2. Memastikan hak sama rata kepada orang-orang muda di dalam pengagihan peruntukan pengupayaan daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun UMNO Bahagian sendiri.

3. Menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk aktiviti sukan & sosial dan menyediakan peluang-peluang yang seluas-luasnya untuk orang-orang muda menerokai bidang ekonomi di Malaysia.

4. Mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan disektor awam dan swasta terutama melalui GLC dan mewujudkan penempatan-penempatan baru yang sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan dan mendesak kini.

No comments:

Post a Comment