Wednesday, July 15, 2009

Analisis PRK N41 Manik Urai ( BN vs PAS )

Calon PAS Mohd. Fauzi Abdullah Menang dengan Majoriti 65 Undi.

Ini menunjukan BN telah berjaya menafikan majoriti 1,352 undi semasa PAS menang pada PRU 12 yang lalu.

Keputusan ini juga melambangkan pengundi-pengundi melayu sememangnya menyokong UMNO, cuma pastinya pengundi-pengundi bukan melayu merupakan penyebab kekalahan BN di medan PRK sebelum-sebelum ini.

Petanda ini merupakan mesej jelas kepada kita supaya jangan sesekali alpa didalam mengejar kuasa sehingga sanggup mengadai maruah Agama dan bangsa.

Oleh itu, ayuh lah kita umat-umat melayu kita kembali ke meja rundingan, berbincang, bermuhasabah kearah perpaduan Ummah ditanahair tercinta ini.

Apa yang diharapkan di masa yang terdekat ini akan ada jalan untuk membuka ruang bagi bertemu jalan penyatuan. InsyAllah. "Dimana Ada Kemahuan di situ Ada Jalan".

No comments:

Post a Comment